cara-cara menghargai masa 
Saturday, 3 March 2012 01:17 | 01:17 | 0 Love
Kata orang tua-tua masa itu sangat penting kerana masa yang berlalu tidak boleh ditarik semula terutama jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatu yang bernilai. Manusia yang bijak ialah individu yang memahami kepentingan masa lalu menggunakannya dengan sebaik mungkin. Jadi, bagaimanakah cara-cara yang positif untuk membuktikan seseorang itu menghargai masa?
Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang ditanamkan dalam jiwa seseorang itu. Rasa keazaman ini mengingatkan kita bahawa masa perlu dihargai tanpa wujud sebarang alasan untuk menolaknya. Maka, mereka yang mempunyai keazaman itu sudah memulakan usaha untuk menghargai masa dengan baik.
Selain itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan menerusi sikap membuat perancangan masa yang sistematik. Dalam aspek ini jiwa seseorang yang menghargai masa akan membuat satu jadual lalu mematuhi perancangan masa itu dengan sebaik mungkin. Jelaslah, sikap membuat jadual dan mematuhinya membuktikan betapa seseorang itu menghargai masanya.
Malah, sikap tidak suka melakukan perkara-perkara yang sia-sia turut memberikan satu persepsi bahawa seseorang itu menghargai masanya. Masa seseorang perlulah dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah untuk masa depan kita seperti membaca buku dan membantu ibu bapa di rumah. Sesungguhnya, mereka yang melakukan perkara-perkara positif dalam hidupnya tahu kepentingan masa kepada manusia itu.
Sebagai kesimpulannya, semua kaedah yang diterangkan di atas itu boleh dilakukan oleh sesiapa pun yang tahu menghargai masa. Semua pihak perlulah sedar akan kepentingan masa ini kerana masa itu tidak akan berlalu begitu sahaja. Bak kata orang tua-tua masa itu emas.
post by ani izzaty
|

All About Us 

Hello Fellas! Big smile for you! yes you're someone in front of monitor!
Hi Everybody ! This our blog . This blog is belong to Bean , Aleen , Aleesha ,Lia , Ani , Ainul , Nisha , Scha , Haziqah , Anizah , Anis , Mai , Najwa and Teah . This blog is a school assignment given by teacher for to do . So , do stalk do follow okay ? Thnakyou :)
-
|
Tagboard 

|
Creditos 

Skin made by Basecode by Lettha Zonzuan. Template by; N.N. Re-edited by Sabrina Johan. background and images from Applepine favicon from Drika banner by Adobe Photoshop CS4
Best view in Google Chrome and Mozilla Firefox.
|