//Teenage Blog. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1206406701696025775?origin\x3dhttp://2k3smksbahiyah.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
2 K 3


faedah menonton televisyen
Saturday, 3 March 2012 01:20 | 01:20 | 0 Love

Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti memiliki satu atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan bahawa terdapat banyak faedah menonton televisyen kepada masyarakat.




Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita boleh menonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting yang berlaku di luar negara. Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih berpengetahuan dalam pelbagai bidang dan isu termasuklah peristiwa semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara.




Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna. Sudah ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusi televisyen bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh memberi informasi kepada pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan. Maka, melalui televisyen, pelajar dapat menajamkan lagi akal fikiran serta menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada yang telah dipelajari di sekolah .




Selain itu, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu lebih bermakna dan berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihat kerana lebih suka duduk di rumah untuk menonton televisyen. Oleh itu, aktiviti menonton televisyen membolehkan seseorang itu menghabiskan masanya dengan lebih bermanfaat.




Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu aktiviti masa lapang yang berfaedah kepada seseorang individu. Kebanyakan siaran televisyen berupaya untuk menjana pemikiran seseorang menjadi lebih kritis dan kreatif. Namun begitu, sikap suka menonton televisyen ini perlulah dikawal melalui pengurusan masa dengan bijak supaya tidak menjejaskan aktiviti-aktiviti harian yang lain.




post by ani izzaty