Semangat Kejiranan 
Saturday, 3 March 2012 05:28 | 05:28 | 0 Love
Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat.
Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat
ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk
meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.
Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat
setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian
mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang
dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa
pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan
semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga
di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan
kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua
pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan
rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun
tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis
yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga
mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah
mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini.
Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan
majlis sebegini.
Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran
semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan
yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap
isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan
mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat
itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam
memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.
Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah.
Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai
satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin
dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini
memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.
Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan.
Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep
perpaduan amat strategik. sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk
daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah.
Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.
Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah
yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini
terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri
"siapakah jiran kita?
Post by Ainul Fadhleen bt. Abdul Rahman |
|

All About Us 

Hello Fellas! Big smile for you! yes you're someone in front of monitor!
Hi Everybody ! This our blog . This blog is belong to Bean , Aleen , Aleesha ,Lia , Ani , Ainul , Nisha , Scha , Haziqah , Anizah , Anis , Mai , Najwa and Teah . This blog is a school assignment given by teacher for to do . So , do stalk do follow okay ? Thnakyou :)
-
|
Tagboard 

|
Creditos 

Skin made by Basecode by Lettha Zonzuan. Template by; N.N. Re-edited by Sabrina Johan. background and images from Applepine favicon from Drika banner by Adobe Photoshop CS4
Best view in Google Chrome and Mozilla Firefox.
|