Belajar Perlukan Minat Yang Tinggi 
Saturday, 28 April 2012 07:14 | 07:14 | 0 Love
Dalam hidup kita mesti ada ada pilihan kerana itu merupakan satu lumrah dalam hidup seseorang. Minat bermaksud kita melakukan sesuatu tindakan atau perkara itu dengan penuh kerelaan tanpa rasa menyesal jika gagal mencapai pun perkara itu. Manakala terpaksa pula berunsur negatif iaitu melakukan sesuatu dengan perasaan yang berat atau lebih tepat tidak suka melakukan perkara itu.
Dalam hidup pelajar, minat merupakan satu aspek yang amat penting sebelum peroleh kejayaan dalam peperiksaan. Pelajar yang berminat untuk belajar akan mendapati bahawa proses pembelajaran begitu menarik dan mudah walaupun mereka sedang mempelajari bahagian yang paling sukar dalam pelajaran itu. Minat memberikan satu kesungguhan untuk memahami perkara yang sedang diterangkan oleh guru dalam subjek tertentu itu.
Pernahkah anda semua terfikir mengapakah anda mudah memahami satu subjek itu tetapi mengambil masa yang panjang untuk memahami subjek yang lain pula? Sudah pasti ada pelajar yang mengalaminya dan sekarang anda semua sudah sedar bahawa perbezaan itu wujud kerana subjek yang anda berjaya itu ialah subjek yang anda minat.
Jadi bagaimana hendak menimbulkan minat terutama terhadap subjek yang memang kita benci? Mungkin untuk mendapat kefahaman yang jitu tentang minat ini pelajar harus sering bertanya kepada diri sendiri beberapa persoalan:
(1)subjek ini amat penting dalam peperiksaan? (2)subjek ini mampu memberi pengetahuan yang berguna pada masa depan? (3)apakah keunikan subjek ini yang boleh menarik minat saya?
Semua pertanyaan itu bertujuan untuk mencipta minat dalam diri pelajar kerana ada sesetengah orang memang sudah mempunyai minat sejak awal lagi tetapi ramai yang perlu dibangkitkan minat mereka terhadap sesuatu perkara itu.
Kalau pelajar sudah mempunyai minat maka, pelajar sudah memasuki satu alam yang menyediakan mereka untuk belajar dengan baik.Labels: Fanishaa
|

All About Us 

Hello Fellas! Big smile for you! yes you're someone in front of monitor!
Hi Everybody ! This our blog . This blog is belong to Bean , Aleen , Aleesha ,Lia , Ani , Ainul , Nisha , Scha , Haziqah , Anizah , Anis , Mai , Najwa and Teah . This blog is a school assignment given by teacher for to do . So , do stalk do follow okay ? Thnakyou :)
-
|
Tagboard 

|
Creditos 

Skin made by Basecode by Lettha Zonzuan. Template by; N.N. Re-edited by Sabrina Johan. background and images from Applepine favicon from Drika banner by Adobe Photoshop CS4
Best view in Google Chrome and Mozilla Firefox.
|