Isu-isu Jenayah 
Sunday, 1 April 2012 01:17 | 01:17 | 0 Love
Jenayah Membawa Padah

PANDUAN PENCEGAHAN JENAYAH
PECAH RUMAH CARA MENCEGAHNYA: PERLINDUNGAN SECARA FIZIKAL · Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama. · Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti. · Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda. · Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda. · Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda. · Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
· Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat. · Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda. · Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah. · Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri. · Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari. · Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni. · Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan. · Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.
ROMPAKAN DI RUMAH
· Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa. · Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali. · Kenal pasti pelawat melalui 'door viewer' dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali. · Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.
ROMPAKAN DI TEMPAT AWAM
· Berwaspada apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang berpeleseran di kawasan lif. · Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan. · Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah. · Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini. · Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak. · Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi. · Berhati-hati dengan orang yang mencurigakan yang sentiasa berpeleseran di lif, tangga, kaki lima dan di kawasan awam. · Bawa alat penggera bersama anda dan gunakan ia untuk mencegah perompak atau untuk menarik perhatian orang yang berdekatan.
APA PERLU DILAKUKAN APABILA ANDA DIROMPAK.
· Anda perlu bertenang. · Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata. · Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan. · Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kenderaan, dan jenis kenderaan. Pastikan juga ke arah mana ia pergi. · Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi Balai Polis berdekatan dengan segera.
PENYELUK SAKU
CARA UNTUK MENGHINDARI PENYELUK SAKU:
· Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit. · Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan. · Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli-belah. · Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda. · Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab. · Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi.
KECURIAN KENDERAAN TEMPAT-TEMPAT DI MANA KECURIAN BERLAKU: · Tempat letak kereta awam, kompleks membeli-belah, di depan rumah, tepi jalan raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat yang sering berlakunya jenayah ini.
CARA-CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA:
· Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik. · Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan kelac. · Pastikan juga kereta sentisa dikunci. · Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu. · Jangan serah kunci kepada 'jockey' kereta. · Mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (Sand Blasting)
CARA-CARA UNTUK MENGHALANG KECURIAN MOTOSIKAL:
· Letak motosikal di tempat yang dikhaskan. · Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya. · Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat terang/berlampu. · Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelak motosikal dari dicuri. · Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian penting. ROGOL CARA-CARA MENGELAK DARI KEJADIAN ROGOL: · Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol. · Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi. · Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram. · Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas. · Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan. · Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri. · Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka. · Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka. · Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman. · Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan. · Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu. · Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya. · Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
MENGATASI ANCAMAN ROGOL:
· Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya. · Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang. · Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru. · Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan. · Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan. · Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis. POSTED BY:http://ilhamnurulresources.blogspot.com/2011/02/jenayah-membawa-padah.htmlLabels: nurul najwa
|

All About Us 

Hello Fellas! Big smile for you! yes you're someone in front of monitor!
Hi Everybody ! This our blog . This blog is belong to Bean , Aleen , Aleesha ,Lia , Ani , Ainul , Nisha , Scha , Haziqah , Anizah , Anis , Mai , Najwa and Teah . This blog is a school assignment given by teacher for to do . So , do stalk do follow okay ? Thnakyou :)
-
|
Tagboard 

|
Creditos 

Skin made by Basecode by Lettha Zonzuan. Template by; N.N. Re-edited by Sabrina Johan. background and images from Applepine favicon from Drika banner by Adobe Photoshop CS4
Best view in Google Chrome and Mozilla Firefox.
|