//Teenage Blog. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1206406701696025775?origin\x3dhttp://2k3smksbahiyah.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
2 K 3


Percutian Ke Pulau Payar
Wednesday, 4 April 2012 07:34 | 07:34 | 0 Love

Kita dapat menyaksikan bertapa indahnya keindahan di Pulau Payar. Mujurlah pada tanggal 31 Mei 2011 bapaku membawa kami sekeluarga pergi ke sana. Seawal jam lima setengah pagi ibuku mengejutkanku. Aku berasa liat untuk bangun namun dengan semangat yang kental aku terus bangun, mandi dan solat subuh. Setelah kami sekeluarga siap, kami bertolak ke Pelabuhan Pulau Pinang pada pukul tujuh pagi. Dalam perjalanan bapaku menghentikan kenderaan lalu membeli beberapa bungkusan nasi lemak untul dijadikan sarapan.
Setelah sampai ke pelabuhan kami berjumpa dengan seorang pekerja yang menguruskan kami. Pekerja itu menghulurkan kepada kami wrist band untuk digunakan sepanjang perjalanan kami. Menurut pekerja itu kami perlu menaiki bot zon 2. Semasa kami menaiki bot itu, kami melihat pelbagai keindahan di Pulau Pinang, tetapi kami tidak sabar untuk menikmati kecantikan Pulau Payar yang memukau mata kami. Aku, kakakku dan bapaku naik ke atas dek yang tinggi untuk menghirup udara yang segar dan untuk mengambil gambar yang cantik di atas.
Setelah hampir sampai ke sana, kami tidak sabar untuk menjejakkan kaki kami di atas platform 2. Akulah orang pertama yang menjejakkan kaki di atas platform itu. Aku dan keluargaku dijemput duduk oleh seorang pemandu pelancong yang fasih berbicara inggeris. Pemandu pelancong itu memberitahu kami sedikit sebanyak tentang Pulau Payar. Selain itu pemandu pelancong itu juga memberikan sedikit tips-tips keselamatan, tips untuk snorkeling dan plan perjalanan kami. Seterusnya, kami snorkeling sekeliling zon yang ditetapkan dari pukul 10 pagi hingga makan tenggah hari. Pemandangan di dasar laut itu sungguh sungguh dan sungguh indah sekali. Pada hari tersebut sejarah telah tercipta kerana hari pertama aku pernah snorkeling. Pemandangan dasar laut sungguh memikat hatiku, walaubagaimanapun cameraku tidak kalis air. Apakah nasibku, tetapi pemandangan didasar laut itu masih terngiang-ngiang di kepalaku.
Tibalah makan tenggah hari, kami berhenti snorkeling lalu naik ke platform 2 untuk menikmati makan tenggah hari. Selepas itu, aku dan adikku berniat untuk menyambung snorkeling kami, tetapi dihalangan oleh bapaku kerana bapaku mengajakku untuk ke platform 1. Ini untuk memberi makan ikan yu. Pada mulanya aku berasa gementar namun semangatku memaksaku untuk ikut bersama. Salah seorang pemandu palancong di situ ikut bersama kami sambil membawa sepelastik yang penuh dengan daging ayam untuk diberimakan ikan yu di sana.
Platform 1 itu tidak jauh dari platform 2. Kami pergi ke sana dengan menaiki bot kecil. Setelah sampai ke sana pemandu pelancung itu melempar seketul daging ayam, tidak lama kemudian seekor ikan yu yang besar menyambar ayam itu. Kemudian ikan yu yang lain juga datang untuk makan. Kakakku mengambil peluang dengan mengambil gambar ikan yu itu. Sejurus selepas itu, aku,kakakku dan adikku meminta izin ibu bapaku untuk mandi di platform 1. Setelah mandi di sana aku tidak tahan untuk membuang air besar. Mujurlah berdekatan dengan platform 1 terdapat sebuah tandas walaupun tandas di situ tidak berapa elok namun aku tetap menggunakannya. Selepas itu, aku dan keluargaku berpatah balik ke platform2. Setelah sampai di platform 2, kami menaiki satu lagi bot yang diberinama Glass Bottom Boat. Keunikan yang ada pada bot tersebut ialah pada permukaan bot tersebut diliputi kaca lutsinar. Pemandu bot tersebut menbawa bot itu berdekatan dengan terumbu karang yang cantik supaya kami dapat melihatnya keindahan di hdasar laut seperti ikan Clown fish, terumbu karang dan pelbayai ikan lagi dengan lebih jelas.
Setelah puas 15 minit dengan Glass Bottom Boat kami meneruskan pengembaraan kami dengan snorkeling. Walau bagaimanapun, ibuku dari awal lagi takut untuk snorkeling. Semasa aku sedang snorkeling aku terjumpa tiga ekor ikan kerapu yang besar. Aku tidak berasa begitu gementar tetapi adikku berasa sungguh gementar sehingga terjerit-jerit. Semasa aku sedang snorkeling berhampiran dengan kakakku, tiba-tiba kakakku menjerit. Aku suruh kakakku bertenang, kakakku memberitahuku bahawa dia telah terjumpa seekor obor- obor. Tetapi rupa rupanya ia bukan seekor obor obor tetapi ia sehelai plastic yang berupa seperti seekor obor-obor. Semasa saya sedang snorkeling juga, salah seorang pemandu pelancong yang berpengalaman mengambil satu botol kaca yang kecil lalu selam ke dalam air untuk menangkap ikan Clown fish. Selepas itu pemandu pelancong itu perlu melepaskan ikan itu ke rumahnya kembali supaya ikan itu tidak dimakan ikan lain.
Sebelum kami snorkeling kami akan memberikan ikan makan supaya dapat mengambil gambar ikan tersebut. Semasa aku sedang memberi ikan makan, aku telah digigit oleh beberapa ekor ikan. Tetapi gigitan ikan itu tidah berbisa.                                    


Posted by : http://pmr.im/show.php?n=1100078&nS=18709&t=percutian_ke_pulau_payar_by_nazim.html

Labels: