
|
|
|
Surat Kiriman Rasmi
![]() Friday, 6 April 2012 07:32 | 07:32 | 0 Love Kampung Tanjung Alir, 22000, Jerteh, Terengganu. _____________________________________________________________________________ Pengurus Pemasaran, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., 64 & 66, Jalan Pingai, 80400, Johor Bahru. 14 OKTOBER 1998 Tuan, Memesan Buku Merujuk kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan. 2. Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut : Bil. Judul Buku Kuantiti Harga Seunit 1. Misteri Kapal Tenggelam 1 RM 3.60 2. Misteri Patung George 1 RM 3.60 3. Rahsia Rumah Tua 2 RM 4.00 Jumlah RM 11.20 3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai RM 11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, ( UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH ) Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke pameran buku. Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Darau, 22000, Jerteh, Terengganu. Labels: Anis ![]() |